Ahad, 16 September 2012

Nota Sains Sukan Tingkatan 4 [ Tunjang 1 ]

Tunjang 1 PENGENALAN SAINS SUKAN [Tingkatan 4]

Definisi :
Ø  Sains sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan .
Ø  Ia melibatkan perubatan fisioterapi , pemakanan , biokimia , anatomi , fisiologi , psikologi sosio dan biomekanik.

Dasar Sukan Negara

Sukan Massa ( Sukan Untuk Semua)
Ø  Bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat.
Ø  Contoh nya :
o   Larian Merdeka
o   Senamrobik
o   Penang Bridge National Run
o   Jogathon
o   Bola Jaring Terbuka

Sukan Untuk Kecemerlangan
Ø  Adalah sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat persekutuan mengikut Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.
Ø  Contoh nya :
o   Sukan Olimpik
o   Sukan SEA
o   SUKMA
o   Piala Thomas
o   Le Tour De Langkawi

Rasional Dasar Sukan Negara

a)      Peringkat Individu
*      Perkembangan kemahiran-kemahiran asas
*      Mengurangkan tekanan hidup
*      Manfaatkan masa senggang
*      Interaksi social yang bermakna
*      Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
b)      Peringkat Masyarakat
*      Mengalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional
*      Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti
*      Mencegah jenayah remaja dengan manfaatkan masa senggang
c)       Peringkat Antarabangsa
*      Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi
*      Tingkat maruah bangsa dan Negara di persada sukan antarabangsa
*      Memupuk persahabatan

Objektif Dasar Sukan Negara

Ø  Bentuk masyarakat sihat , berdisplin, dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dama sukan di semua peringkat masyarakat
Ø  Sedia peliang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi social , psikologi , dan fisiologi individu melalui sukan
Ø  Bangun dan tingkat pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan social individu

Etika dan Patriotisme dalam Sukan

Ø  Para atlit menanam semangat patriotisme dalam hati mereka
Ø  Segala tindak tanduk atlit adalah lambang imej Negara , oleh itu mereka perlulah berdisplin, bermoral , mempunyai perasaan cinta akan Negara tanah air
Ø  Akur pada undang-undang dan peraturan pertandingan dan segala keputusan haruslah dihormati dan dipatuhi
Ø  Harus mengelakkan daripada mengambil tindakan sendiri apabila timbul ketidakpuasan hati mereka dan perlulah berunding dengan pihak berkenaan dan diselesaikan secara professional
Ø  Pegawai sukan juga perlu berdisplin , bertanggungjawab , amanah serta mempunyai nilai-nilai positif
Ø  Penonton juga boleh pamerkan semangat patriotisme terhadap Negara dengan member sokongan kepada atlit berlandaskan etika kesukanan
Ø  Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK NEGARA telah menanamkan dan tingkatkan semangat patriotisme di kalangan atlit dan masyarakat

Apakah pentingnya peraturan permainan ?
Ø  Memudahkan pengelolaan sesuatu pertandingan
Ø  Mendisplinkan para pemain
Ø  Mengelakkan berlaku pergaduhan / pertelingkahan semasa pertandingan
Ø  Pertandingan dapat diuruskan dengan saksama dan adil
Ø  Pastikan pertandingan berjalan dengan lancar
Ø  Pengadil dapat mengadili pertandingan dengan adil

Sistem Pertandingan

Pertandingan berbentuk kejohanan
Ø  Membolehkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada
Ø  Dikelolakan selama sehari ataupun beberapa hari
Ø  Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan tetapkan masa sesuatu acara dipertandingkan
Ø  Contoh acara :
o   Olahraga
o   Renang
o   Gimnastik

Sistem Liga ( Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM )

Ø  Dibahagikan kepada :
o   Liga satu pusingan -> peserta/pasukan yang bertanding sekali sahaja dengan pihak lawan
o   Liga 2 pusingan -> peserta/pasukan yang bertanding dua kali dengan pihak lawan
o   Separa liga -> jika dibahagikan kepada beberapa kumpulan
Ø  Contoh pertandingan liga akan dilakukan :
o   Liga 1 pusingan / round robin : 5 pasukan dan kebawah
o   Liga 2 kumpulan : 6 – 8 pasukan
o   Liga 3 kumpulan : 9 – 12 pasukan
o   Liga 4 kumpulan : 12 pasukan dan keatas
*      Liga 3 dan 4 kumpulan dikenali sebagai separa liga juga
Ø  Menentukan kedudukan
o   P – Jumlah pertandingan
o   M – Bilangan Menang
o   S – Bilangan Seri
o   K – Bilangan Kalah
o   J – Bilangan Jaringan dibuat
o   G – Bilangan Gol Kena
PASUKAN
P
M
S
K
J
G
MATA
KEDUDUKAN
Anggerik
3
2
1
0
9
1
5
1
Alamanda
3
2
1
0
5
0
5
2
Rafflesia
3
1
0
2
2
9
2
3
Jasmine
3
0
0
3
0
5
0
4

Pertandingan Kalah Mati

a)      Kalah mati sekali
Ø  Kelebihan
o   Tak libatkan kos yang banyak
o   Tak libatkan pegawai yang ramai
o   Tak libatkan peralatan / kemudahan yang banyak
o   Ambil masa singkat untuk tentukan johan
o   Ambil masa singkat untuk menyelesaikan sesebuah pertandingan
o   Format pertandingan yang mudah difahami
Ø  Kelemahan
o   Tak dapat tunjukkan bakat / keupayaan / kemampuan masing-masing
o   Pasukan kalah sekali akan tersingkir
o   Tak berpeluang memperbaiki kelemahan masing-masing

b)      Kalah mati dua kali
Ø  Kelebihan
o   Pasukan yang kalah sekali berpeluang bermain lagi
o   Pasukan yang kalah sekali tak akan tersingkir
o   Pasukan boleh tunjuk keupayaan / kemampuan / bakat masing-masing
o   Johan mutlak / sebenar dapat ditentukan
o   Johan dan naib johan tahun lepas tak letak pada kumpulan yang sama
o   Pasukan berpeluang baiki kelemahan
o   Pasukan yang kalah sekali berpeluang menjadi johan
Ø  Kelemahan
o   Mengambil masa yang lama selesaikan pertandingan
o   Libat kos perbelanjaan yang banyak
o   Libat sumber manusia / pegawai yang ramai
o   Perlu peralatan dan gelanggang yang banyak
o   Perlu ambil masa yang panjang nak tentukan johan pertandingan
o   Format pertandingan yang mengelirukan

Cabar Mencabar

a)      Pertandingan system tangga
PESERTA
KEDUDUKAN
John Labu
1
Muhammad Ali
2
John Labi
3
Encik Zam
4
Aziz Satir
5

Ø  Dalam system ini , peserta yang dibawah boleh mencabar dua peserta lain yang berada di atasnya dengan mengikut kedudukan
Ø  Contoh :
o   John Labi boleh mencabar John Labu .
o   Aziz Satir tidak boleh mencabar John Labu tetapi boleh mencabar John Labi .
o   Encik Zam boleh mencabar John Labi atau pun Muhammad Ali
Ø  Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang , peserta akan ambil alih kedudukan peserta yang dicabar . peserta yang dicabar akan turun satu tangga ke bawah
Ø  Sistme ini digunakan dalam PERTANDINGAN TINJU

b)      Pertandingan bentuk pyramid atau corong
Ø  Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal
Ø  Peserta yang berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak pyramid / corong



Peraturan Am Pertandingan

i)                    Undang – undang
Ø  Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM
Ø  Peringkat umur 12 tahun dan kebawah undang-undang permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan

ii)                  Kelayakan
a)      Peserta :
Ø  Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM
Ø  Pelajar-pelajar yang menunggi keputusan SPM/SPMV/STPM tak layak sertai semua pertandingan MSSM
Ø  Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepasmendapat keputusan SPM/SPMV/STPM layak menyertai pertandingan permainan MSSM dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri
Ø  Pelajar-pelajar ditempatkan di Akademi Permainan Kebangsaan dan Sekolah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mewakili negeri asal tempat asal ia bersekolah di dalam pertandingan MSSM
Ø  jika khidmat pelajar tersebut tak diperlukan oleh negeri asalnya maka ia boleh bermain dengan negeri lain dengan syarat MSS negeri berkenaa membenarkannya. Jika tak dapat kebenaran daripada negeri asalnya , pelajar akan dikenakan tindakan displin oleh Urusetia MSSM
Ø  Pemain yang BUKAN WARGANEGARA Malaysia dibenarkan mengambil bahagian di peringkat sekolah , daerah dan negeri sahaja . Kejohanan peringkat MSSM HANYA untuk warganegara Malaysia

iii)                Had Umur Peserta
Ø  Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut :
o   18 tahun dan ke bawah
o   15 tahun dan ke bawah
o   12 tahun dan ke bawah
Ø  Kiraan umur bermula pada 1 Januari tahun pertandingan
Ø  Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertainya tak layak menyertai sebarang pertandingan MSSM
Ø  Seorang peserta hanya dibenaran sertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan

iv)                Pakaian
Ø  Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warna , pasukan yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan harus menukar warna bajunya .
Ø  Contoh :

CONVENT
SERI KANDI



§  Pasukan convent dan seri kandi memakai pakaian yang sama . pasukan convent tercatat awal pada jadual pertandingan . oleh itu convent perlu menukar pakaian yang tidak sama warna dengan seri kandi .
Ø  Jikalau warna yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik MSSM Negeri , peraturan haruslah dipatuhi

v)                  Bantahan
Ø  Bantahan yang bertulis dan ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar dan diserah kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan / wakilnya dengan wang disertakan sebanyak RM200.00.
Ø  Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat ditolak
Ø  Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan /sukan berkenaan
Ø  Jika sesuatu pasukan buat bantahan , perlawanan selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan main dalam bantahan

Psikologi Sukan

Definisi :
Ø  Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal , afektif ( tingkah laku dan perasaan ) serta kognitif ( pemikiran ) keatas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tak langsung dengan aktiviti tersebut

Peranan Psikologis Sukan


Motivasi

Ø  Terdapat dua sumber iaitu :
o   Intrinsik [ dalaman ]
§  Berdasarkan keyakinan diri , kebolehan , kemahuan dan keinginan untuk lakukakn sesuatu aktiviti
o   Ekstrinsik [ luaran ]
§  Berdasarkan ganjaran ( positif / negative ) , orang tersayang , persekitaran
Ø  Penetapan matlamat  dengan tahap seperti :
o   Matlamat Jangka Panjang
§  Matlamat terakhir dalam perancangan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan
o   Matlamat Jangka Sederhana
§  Matlamat pertengahan dalam perancangan untuk menilai sama ada atlit berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat jangka panjang
o   Matlamat Jangka Pendek
§  Matlamat harian / mingguan yang digunakan bagi menilai atlit berada di landasan yang betil untuk capai matlamat jangka panjang
Kebimbangan
Ø  Jenis –jenis kebimbangan :
a)      Kebimbangan berasaskan tret
*      Merujuk kepada  cirri-ciri personality individu yang semulajadi
*      Contohnya :  mempunyai ‘darah gemuruh ‘ yang tinggi
*      Individu ini akan merasakan persekitaran sebagai menggugat diri mereka dan akan tingkatkan lagi tahap kebimbangan nya
b)      Kebimbangan seketika (state)
*      Rujuk pada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran individu dalam persekitaran pada waktu itu
*      Contoh : bagi individu yang darah gemuruhnya tinggi , mereka akan tafsir rangsangan sebagai sesuatu yang amat menekan
*      Kesannya , kebimbangannya meningkat tinggi dan prestasi individu akan menurun
Ø  Contoh rangsangan persekitaran :
o   Sorakan penonton
o   Cuaca
o   Pesaing yang terlibat
Ø  Tanda-tanda kebimbangan
o   Tangan sejuk dan berpeluh
o   Tangan menggeletar
o   Jantung berdebar-debar
o   Berulang alik ke tandas
o   Tak boleh nak fikir ( fikiran sempit )
o   menggelabah
Ø  Kemahiran dalam mengawal kebimbangan
a)      Terapi pernafasan
a.       Teknik : Menarik satu nafas yang panjang  dan hembuskan perlahan-lahan. Dilakukan berulang-ulang kali sehingga rasa tenang/relaks
                                                                           i.      Tujuan : hasilkan rasa tenang / relaks .
b)      Pemusatan ( centering )
a.       Teknik : Menarik nafas yang panjang serta tumpukan pemusatan pada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita (center )  . Dilakukan pada keadaan berdiri dan selesa
                                                                           i.      Tujuan : Lahirkan ketenangan serta tingkatkan konsentrasi
c)       Relaksasi
a.       Teknik : Kecut dan relakskan otot secara progresif. Dilakukan secara duduk / berbaring
                                                                           i.      Kurang tekanan serta ketegangan otot dengan focus kepada rasa otot tersebut .
                                                                         ii.      Pantau otot yang tertekan serta relakskan bila perlu
d)      Visualisasi
a.       Tutup mata dan bayangkan sesuatu yang boleh tenangkan fikiran individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan / bimbang
                                                                           i.      Mengurangkan kebimbangan 

Atribusi
Ø  Bagaimana seseorang individu cuba untuk jelas , faham , serta menjangkakan sesuatu situasi dasarkan kepada persepsi kognitif
Ø  Ia akan berlaku di akhir / penghujung sesuatu pertandingan kerana seseorang individu akan cari penyebab kepada pencapaian mereka sama ada berjaya atau gagal
Ø  Ada 3 penyebab atribusi :
o   Lokus Penyebab ( locus of causality )
§  Sesuatu yang ditafsirkan sebagai berpunca dari factor dalaman atau luaran individu
§  Contohnya : seorang gimnas telah gagal dalam acaranya , beliau akan melihat kegagalan tersebut berpunca dari kekurangan kemahiran (dalaman ) atau kerana alatan yang kurang sempurna (luaran )
o   Kestabilan (stability )
§  Rujuk  pada kestabilan factor penyebab dalam tempoh masa tertentu
§  Sekiranya , gimnas tadi dapat tingkatkan kemahirannya (tidak stabil) , kemungkinan besar gimnas tadi tak akan berjaya dalam acara tersebut begitulah sebaliknya jika gimnas tersebut mengatributkan ketinggian (stabil) , kemungkinan gimnas itu akan berjaya
o   Kebolehkawalan ( controllability )
§  Factor penyebab berada di dalam kawalan / atau di luar kawalan individu .
§  Atribusi yang terbentuk . diproses ikut kawalan dimensi penyebab dan ia akan pengaruhi masa depan melalui pengaruhnya ke atas reaksi afektif dan jangkaan masa depan terbentuk
Ø  Kesan atribusi :
o   Perubahan lokus kawalan dari dalaman ke luaran boleh kurangkan kesungguhan / daya saing seseorang
o   Individu yang punya tahap motivasi pencapaian yang tinggi selalunya punya atribusi dalaman yang tinggi
o   Guru dan jurulatih harus tingkat keyakinan dan keupayaan diri atlit dengan buat atribusi yang sesuai apabila berjaya /gagal

Keagresifan

Ø  Klasifikasikan Keagresifan
a)      Keagresifan Kasar atau Ketara ( hostile )
a.       Tujuan cederakan individu lain dengan niat untuk lihat individu tersebut menderita
b.      Tindakan ini selalunya didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku
c.       Contoh : seorang pemain bola baling dengan sengaja menyepak kaki lawannya sehingga terjatuh
b)      Keagresifan Instrumental
a.       Tujuan cederakan individu yang lain dengan niat dapat ganjaran tertentu
b.      Kecederaan berlaku kerana perlu bagi capai matlamat
c.       Contoh : seorang peninju yang terpaksa jatuhkan lawannya untuk menang sesuatu pertandingan
c)       Keagresifan Asertif
a.       Tujuan main ikut peraturan
b.      Penggunaan daya fizikal serta perkataan dalam permainan adalah ikut peraturan permainan yang ditetapkan
c.       Tidak berniat datangkan kecederaan pada orang lain
Ø  Faktor yang mempengaruhi Keagresifan
o   Psiko-Fisiologikal
§  Tafsiran seseorang individu
§  Bila individu tersebut rasakan bahawa beliau diancam ( bermain secara kasar ) individu tersebut akan bertindak ikut tafsiran untuk bertindak balas / mempertahankan diri .
§  Tindakan ini libatkan kebangkitan ( kadar nadi / tumpuan jadi sempit / tindakan fizikal yang keterlaluan
o   Faktor semasa
§  Suhu
·         Semakin tinggi suhu di persekitaran berkemungkinan untuk bertindak agresif
§  Perbezaan mata / jaringan
·         Semakin jauh beza mata , kemungkinan untuk bertindak agresif

§  Pengaruh penonton
·         Sorakan penonton
·         Ejekan penonton
§  Tempoh masa permainan
·         Di pertengahan permainan
·         Di akhir permainan





7 ulasan:

  1. Thank you 😍😍😍😍😍😍😍😍😍

    BalasPadam
  2. The Baccarat - Rules & Strategy to Win At - FaBCasino
    While the objective of a gambling strategy 샌즈카지노 is to beat the dealer, one 바카라 사이트 of the most common betting strategies is to beat the dealer by moving a wager 메리트카지노총판

    BalasPadam
  3. BONANZAS CASINO & HOTEL - Missouri - JM Hub
    BONANZAS CASINO 안양 출장안마 & HOTEL in MOBILEWOOD, MOBILEWOOD, MOBILEWOOD - 파주 출장마사지 Use this simple form to find hotels, motels, 이천 출장안마 and other lodging near BONANZAS CASINO & 양산 출장샵 HOTEL 동해 출장안마 in

    BalasPadam